
0102969449
APA ITU SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (M.O.F)
Sijil Kementerian Kewangan adalah syarat wajib untuk semua pembekal/kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan. Tanpa sijil ini syarikat anda adalah tidak layak untuk memohon sebarang tender kerajaan. Selain itu, bagi syarikat yang layak iaitu memiliki 51% bumiputera dalam syarikat layak untuk memohon bersama Sijil Taraf Bumiputera. Dengan memiliki sijil ini, syarikat anda layak memohon tender-tender yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat bumiputera.
Kelebihan mendaftarkan perniagaan anda dengan MOF:
-
Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.
-
Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal eperolehan.com.my
-
Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.
-
Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
-
Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda.
Mendaftarkan perniagaan anda dengan pihak MOF bukanlah sesuatu yang susah. Anda boleh terus ke laman www.eperolehan.com.my dan mendaftar secara online disana. Jika anda tidak mahu membuang masa untuk proses cuba dan gagal (try and error), serahkan sahaja urusan permohonan tersebut kepada kami kerana kami mempunyai pengalaman luas dalam urusan pendaftaran MOF dalam tempoh yang pantas dan dijamin LULUS.
Tempoh Kelulusan Permohonan
Bagi pendaftaran kod bidang biasa, kelulusan dapat diperolehi dalam tempoh 10 hari sahaja. Kami amat hargai setiap masa yang digunakan bagi proses permohonan tersebut.
Tempoh Sah
Tempoh sah lesen kewangan adalah 3 tahun. Pembaharuan boleh dibuat seawal 3 bulan dari tarikh luput.