top of page

ISO Audit

4.jpeg
6.jpeg
7.jpeg
3.jpeg
DSC00060.JPG
audit 1.jpeg
WhatsApp Image 2022-04-25 at 2.37.53 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-04-25 at 2.37.43 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-04-25 at 2.37.45 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-04-25 at 2.37.47 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-04-25 at 2.37.54 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-04-25 at 2.37.58 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2022-04-25 at 2.38.00 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-04-25 at 2.37.56 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-04-25 at 2.37.58 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-04-25 at 2.37.48 PM.jpeg

Apakah ISO Audit ?

Secara mudah untuk kefahaman umum,  ianya bermaksud, kami memeriksa dan memastikan apa yang anda telah laksanakan dan sedang laksanakan adalah benar. Kalau nak ikut ayat/bahasa yang betul, kami audit ikut klausa dalam standard sistem (cth: ISO 9001:2015). Dalam ISO 9001:2015 ada 10 klausa, maka 10 klausa itu, kami akan memeriksa dan memastikan perkara tersebut telah dilaksanakan oleh pihak syarikat/organisasi.

ISO ada berapa jenis ?

ISO ni terbahagi kepada beberapa jenis (sebutan yang betul adalah standard). Di antara yang famous adalah ISO 9001, ISO 45001, ISO 14001 dan banyak lagi.

Berapa lama tempoh Audit ?

Tempoh nak kena audit ikut saiz syarikat. Kalau syarikat tu ramai staf dan juga termasuk banyak SOP (termasuklah work instruction, borang perlaksanaan, dokumen sokongan lain) akan menyebabkan tempoh audit lagi lama. Biasanya auditor akan bagi tempoh audit mengikut kategori proses/SOP (atau  disebut man-days).

Audit ada berapa kategori ?

Ada 2 kategori audit; yang pertama kita sebut internal audit (audit dalaman - audit sesama staf dalam syarikat). Tujuan audit dalaman dibuat untuk memastikan proses standard dilaksanakan dengan betul dan juga sebagai persediaan sebelum diaudit oleh pihak ketiga iaitu Badan Pensijilan ISO.

Kategori Audit kedua adalah Third Party audit (audit daripada badan pensijilan). Tujuan utama badan pensijilan audit adalah nak bagi syarikat pensijilan ISO kalau berjaya melepasi semua syarat klausa dalam standard ISO.

Audit  untuk dapat pensijilan ISO ada berapa peringkat ?

Audit ada 2 peringkat ( two stages). Peringkat 1 (Stage 1), badan pensijilan akan buat penaksiran (assessment) ke atas kesediaan syarikat dengan cara menyemak Prosedur dan Kawalan yang telah dibangunkan. Di sini kami akan membuat penilaian jurang (gap analysis) dengan syarat klausa ISO standard itu sendiri. Kami akan berkongsi penemuan (audit findings) kepada pelanggan supaya menyelesaikan dahulu (closed audit finding) masalah atau jurang dengan syarat (requirement) ISO tersebut.

Pada Peringkat 2 (Stage 2), kami akan membuat penaksiran (assessment) terhadap perlaksanaan kepada Prosedur dan Kawalan yang telah dibangunkan oleh pihak syarikat tadi samada berkesan atau tidak.

bottom of page