
0102969449
Visi
Kami berazam untuk menjadi pilihan utama penyedia latihan untuk industri perkhidmatan, pengilangan dan orang awam dan pilihan kedudukan 20 terbaik daripada HRDF pada tahun 2025.
Misi
-
Menyediakan pelbagai kursus yang relevan dengan keperluan industri perkhidmatan dan pengilangan.
-
Menawarkan harga kursus yang berpatutan kepada industri perkhidmatan dan pengilangan.
-
Menyediakan pelatih yang professional kepada industri perkhidmatan dan pengilangan.
Budaya Kerja
Dalam Bahasa Melayu,Ant bererti semut, manakala dalam Bahasa Arab bermaksud (An-Naml) juga disebut dalam Al-Quran tentang kelebihan semut.
Nilai Positif yang perlu diamalkan semasa bekerja di Smiley Ant :
1. Smiley Ant sentiasa mengamalkan budaya senyuman sepanjang masa bekerja terutamanya ketika berhadapan dengan pelanggan.
2. Smiley Ant mementingkan adab sopan semasa bekerja dan menyapa pelanggan dengan panggilan tuan/puan tidak kira pangkat kerja.
3. Smiley Ant perlu bersikap positif dalam menjalankan kerja yang diterima.
4. Smiley Ant perlu fokus pelanggan di mana perlu memberi perhatian, pertimbangan, terhadap masalah pelanggan yang berkaitan dengan keperluan khidmat latihan dan perundingan.
5. Smiley Ant perlu memberi layanan yang baik dan mesra kepada pelanggan, supaya mereka rasa selesa ketika berurusan.
6. Smiley Ant akan kerap membuat tawaran program,produk, diskaun harga kepada pelanggan dari semasa ke semasa supaya bakal pelanggan berpeluang menikmati tawaran bersama-sama dengan peserta atau pelanggan yang lain.
7. Smiley Ant menekankan kerja berpasukan semasa sesuatu tugasan diberikan iaitu yang berat sama dipikul dan yang ringan dijinjing bersama.
8. Smiley Ant mengamalkan rasa bertanggungjawab dan berdisiplin terhadap kerja yang diamanahkan dan yang perlu dilakukan.
9. Smiley Ant perlu saling bertegur sapa,saling memberi salam dan perlu ada rasa sikap sokong menyokong antara satu sama lain.