0102969449
Kursus Integriti dan Kod Etika
Program Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor adalah kerjasama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kursus ini diperkenalkan untuk mengiktiraf dan mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan etika kontraktor. Melalui kursus ini, kontraktor dapat mempertingkatkan kualiti kerja pembinaan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Kontraktor baru yang berdaftar dengan CIDB diwajibkan menghadiri serta lulus Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dikeluarkan atau ingin renew sijil lesen PPK.
Pihak kami membantu anda sekiranya anda tidak tahu cara untuk mendaftar kursus dan mendaftar peperiksaan integriti dan kod etika kontraktor. Walaubagaimanapun, owner atau salah seorang Pengarah perlu mengambil kursus dan ujian Integriti dan Bisnes.
Kursus Integriti dan Bsnes wajib diambil oleh Kontraktor G1 sehingga G3. Manakala hanya kursus Integriti sahaja yang perlu diambiil oleh kontraktor G4 hingga G7 disebabkan mempunyai Sijil Diploma dan Ijazah. Namun demikian, terdapat juga kes G1 hingga G3 yang mempunyai Diploma atau Ijazah tetap juga perlu ambil kedua-dua kursus wajib Integriti dan Bisnes bergantung kepada keputusan pihak CIDB.
Kami mengenakan caj untuk mendaftarkan kursus (online & kuiz) , membuat ID dan Password, kemaskini Profil dan mendaftarkan tarikh peperiksaan di dewan CIDB bagi tujuan mendapatkan sijil Integriti dan Kod Etika sebanyak RM300. Sila klik daftarintegriticidb sekiranya anda memerlukan khidmat kami. Sekian, terima kasih.
Kami mengenakan caj untuk mendaftarkan kursus (online & kuiz) , membuat ID dan Password, kemaskini Profil dan mendaftarkan tarikh peperiksaan di dewan CIDB bagi tujuan mendapatkan sijil Pengurusan Bisnes sebanyak RM400. Sila klik daftarkursusbisnes sekiranya anda memerlukan khidmat kami. Sekian, terima kasih.