
0102969449
PErmohonan lesen CIDB/span dan terma pembayaran.
Secara ringkas, kebanyakan pelanggan yang berurusan dengan kami , mempunyai 3 MASALAH utama :
1- Tidak mempunyai masa untuk mendaftar sistem CIMS-CIDB @ SPAN.
2- Kurang mahir guna sistem CIMS- CIDB @ SPAN.
3- Takut tersalah key - in dan menyebabkan gagal permohonan (nanti kena bayar lagi)
Anda jangan risau, kami akan menyelesaikan masalah tersebut dan TIADA wang tambahan yang dikenakan sekiranya permohonan CIDB @ SPAN gagal DAN dengan syarat anda memenuhi keperluan dokumen yang diperlukan oleh pihak CIDB @ SPAN.
Setakat April 2021, pelanggan kami sudah mencapai angka 300 lebih yang telah berurusan untuk berdaftar lesen CIDB dan 60 pelanggan untuk lesen SPAN. Kami dari Smiley Ant mendoakan agar anda semua sentiasa dipermudahkan segala urusan kehidupan dan perniagaan.
Untuk PERKHIDMATAN LESEN CIDB, di bawah adalah perkhidmatan yang kami tawarkan:
1) Membuat Pendaftaran BARU lesen CIDB bermula dari PPK, SCORE, SPKK, STB
2)Memperbaharui lesen CIDB.
3)Menambah kod bidang
4)Membaiki SCORE yang gagal.
5)Upgrade dan downgrade lesen
6)Update - key management, technical person
Untuk PERKHIDMATAN LESEN SPAN, di bawah adalah perkhidmatan yang kami tawarkan:
1) Lesen Permit C1 ~ C4: Pembentungan - untuk daftar CE 19
2)Lesen Permit C1 ~ C4: Bekalan Air - untuk daftar CE20
Kami juga memberikan ZERO DEPOSIT kepada kontraktor yang PERTAMA KALI sahaja membuat PENDAFTARAN BARU CIDB @ SPAN DENGAN SYARAT kontraktor tersebut belum mendaftar apa-apa ID dan PASSWORD CIMS-CIDB.
KENAPA NAK BERI ZERO DEPOSIT ? APA YANG DIMAKSUDKAN ZERO DEPOSIT?
Tujuan kami beri ZERO DEPOSIT adalah bertujuan untuk memberi kelegaan kepada bakal pelanggan kami supaya mereka tidak terfikir duit mereka hangus sekiranya permohonan pendaftaran CIDB mereka GAGAL apabila kami mendaftarkan lesen untuk mereka.
Dalam proses ZERO DEPOSIT ini, sebenarnya kami mendahulukan sedikit duit kami untuk memastikan pihak pelanggan kami mendapat SURAT KELULUSAN daripada pihak CIDB @ SPAN, bukan sijil lesen kontraktor seperti PPK, SPKK,STB, Permit SPAN.
Apabila kami telah mendapat surat kelulusan daripada pihak CIDB, maka barulah pihak pelanggan membayar penuh upah perkhidmatan termasuk kos pendaftaran CIDB tersebut untuk mendapatkan lesen CIDB.
Untuk makluman,kami ingin pertekankan bahawa surat kelulusan CIDB TIDAK SAMA dengan SIJIL lesen seperti PPK, SCORE,SPKK dan STB.
ADAKAH ZERO DEPOSIT DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG DAH ADA ID & PASSWORD CIMS-CIDB?
Jawapannya TIDAK.
BERAPA HARGA YANG KAMI CAJ (CIDB & SPAN)?
Untuk rujuk harga kami, boleh klik berikut:
1) LESEN CIDB
2) LESEN SPAN
ANGGARAN TEMPOH SIAP LESEN CIDB & SPAN ?
Secara kasar dan purata tempoh siap lesen CIDB / SPAN untuk semua gred dari G1 hingga G7 adalah 3 minggu hingga 1 bulan setengah bermula daripada pendaftaran PPK - SCORE - SPKK - STB. Namun demikian, ada sesetengah kes, kelulusan menjadi lambat disebabkan dokumen yang dihantar kepada kami oleh pelanggan tertangguh (cth: ada salah satu dokumen tidak lengkap) dan juga bergantung pada pihak kelulusan CIDB dalam menyemak dokumen permohonan yang dihantar.
BAYARAN PERLU DILAKUKAN SELEPAS TERIMA SURAT KELULUSAN CIDB/SPAN.
Untuk mendapatkan lesen (sijil penuh) CIDB-PPK, SCORE, SPKK dan STB, ATAU Permit SPAN; pembayaran perlu dibuat sepenuhnya apabila pihak kami snapshot surat kelulusan dan hantar ke wasup pelanggan.
Kami memohon pelanggan membayar mengikut kelulusan lesen. Sebagai contoh, sekiranya surat kelulusan PPK-CIDB (snapshot) diberi pada pelanggan, maka pembayaran penuh perlu dilakukan sebelum mendapat sijil lesen penuh. Sila rujuk harga lesen CIDB / SPAN mengikut kategori gred CIDB seperti berikut:
1) LESEN CIDB
2) LESEN SPAN