top of page

ANDA PERTAMA KALI RENEW LESEN CIDB?

Sekiranya anda PERTAMA KALI renew lesen CIDB, anda wajib ambil kursus integriti. Sekarang kursus integriti belajar di hadapan PC/Komputer sahaja. Tempoh belajar yang diberikan oleh pihak CIDB adalah selama 60 hari, tetapi kursus CIDB boleh sahaja dihabiskan dalam tempoh sehari sahaja, yang penting anda fokus. Kursus berbentuk video dan ada kuiz. Setelah tamat belajar 100%, barulah anda dibenarkan untuk booking exam integriti dahulu.

​

Kami menawarkan khidmat daftar kursus dan langkah akan ditunjukkan satu persatu di whatsapp anda bagaimana untuk klik dan terus belajar. Setelah tamat belajar 100%, maklum pada kami, untuk kami booking exam untuk anda. Untuk menempah exam integriti, biasanya akan dapat antara 2 minggu hingga 2 bulan. Maka, lagi cepat anda belajar, maka cepatlah anda dapat pergi exam.

SELAIN KURSUS INTEGRITI, PERLU AMBIL SIJIL PENGURUSAN BISNES KE?

Sijil Pengurusan Bisnes biasanya perlu diambil sekiranya kontraktor dahulu mempunyai sijil yang  bukan Diploma atau Ijazah Universiti Awam atau Universiti Swasta yang tiada akreditasi MQA. Contoh sijil seperti TM, ILP, MARA atau Politeknik perlu ambil kursus Sijil Pengurusan Bisnes.​​

​

Kadang-kadang ada juga sekiranya Diploma tersebut daripada Universiti Swasta dan ada MQA akreditasi, kontraktor perlu ambil Sijil Pengurusan Bisnes sebab keputusan tersebut bergantung kepada keputusan CIDB.

​

Harga kami daftarkan Sijil Pengurusan Bisnes RM 400. Sila hubungi atau whatsapp kami di 0102969449.

BERAPA BAYARAN UNTUK BELAJAR INTEGRITI DAN EXAM?

Bayaran hanya RM 300, perlu dibayar penuh kepada Account Maybank No: 554053617980 - SMILEY ANT SDN. BHD. Resit bayaran perlu dihantar melalui whatsapp ke 0102969449.

TAKDA MASA, BOLEH TAK WAKILKAN KURSUS INTEGRITI DAN PENGURUSAN BISNES?

Nanti masa exam, owner yang perlu pergi, TIADA mana-mana wakil yang boleh ke Dewan Peperiksaan CIDB, sebab pegawai di sana akan memeriksa Kad Pengenalan owner. 

​

Maka, owner perlu belajar kursus Integriti dan Pengurusan Bisnes tersebut, sebab kalau tak belajar, bagaimana nak jawab. Kontraktor perlu luangkan masa belajar di hadapan komputer, sambil minum Teh O atau Kopi Panas dan sedikit jajan untuk menghilangkan mengantuk dan lebih santai masa belajar.

DOKUMEN APA YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK DAFTAR KURSUS INTEGRITI?

Sila sediakan ID dan Password Lesen CIDB. atau berikan salinan IC owner dan Lesen PPK anda.

LEPAS EXAM DAN LULUS, DAPAT APA ?

1) Anda akan dapat sijil pencapaian integriti, markah lulus 72 % ke atas, dan sijil tersebut ada nilai 15 mata CCD, dan sijil kehadiran  (5 mata/points)  CCD.

​

2) Anda akan dapat sijil pencapaian Pengurusan Bisnes, markah lulus 72 % ke atas, dan sijil tersebut ada nilai 40 mata CCD, dan sijil kehadiran  (0 mata/ points)  CCD.

​

* Jumlah kedua sijil pencapain tersebut berjumlah 60 mata CCD (boleh renew 3 tahun terus untuk G1 hingga G4) dan 2 tahun untuk G5.

​

BERAPA TEMPOH NAK RENEW LESEN ?

Kami hanya mendaftarkan tempoh pembaharuan (renew) hanya untuk 2 dan 3 tahun sahaja. Tempoh renew lesen CIDB bergantung pada jumlah mata kursus atau jumlah mata CCD. Rujuk jadual renew lesen CIDB mengikut tempoh mata CCD.

HARGA ?

1) Daftar Kursus Integriti dan Booking Exam (termasuk konsultansi) - RM 300

2) Daftar Kursus Pengurusan Bisnes dan Booking Exam (termasuk konsultansi) - RM 400

tempoh renew lesen CCD.png

Sila call atau whatsapp (0102969449) kepada kami untuk kami bantu anda, untuk kami uruskan sijil mata CCD yang diiktiraf oleh pihak CIDB.

bottom of page